KUASA PEMERINTAHAN





Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan kehakiman atau judisiari. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.



BADAN EKSEKUTIF



         Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi Negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.


         Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara.


         Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.




         Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.




         Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.


         Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).




        Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera



BADAN PERUNDANGAN
        
          Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.


          Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


          Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 70 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator. Mereka mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun.


         Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.


         26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.


        Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 44 ahli pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.


       Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.


       Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 222 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.


       Di Malaysia, sesuatu undang-undang yang hendak dilaksanakan perlu melalui proses meluluskan undang-undang di Parlimen. Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian. Seterusnya, penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja. Diikuti dengan pembacaan kedua dan rang undang-undang ini dibahaskan. Seterusnya, perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.


       Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara. Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, pembentangan rang undang-undang akan dibuat di Dewan Negara dan melalui proses yang sama seperti di Dewan Rakyat. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan diserahkan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara. Proses berakhir dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan.



BADAN KEHAKIMAN



Istana Kehakiman di Putrajaya


       Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.




        Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.



Struktur Mahkamah Awam



        Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Di Malaysia, mahkamah terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Atasan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.


        Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.


        Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.

      
        Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.


JOM TEROKA!!
-Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
-Maksud Parlimen
-Maksud Pilihan Raya
-Majlis Raja-Raja
-Raja Berperlembagaan
-Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong




2 comments:

  1. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete
  2. Mohon share gambaq pemisahan kuasa tu Tuan ? Cantik gambaq Tuan

    ReplyDelete